Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 16 Disember 2012

SEWANGI CINTA ANGGERIK : BAB 1


salam semua.... hari ni terasa nak update cerita ni kat blog... ECH xde pulak minggu ni...
untuk baca prolog, boleh klik link ni;

SKRIN laptop dia pandang lama. Huh. Tak ada mesej di laman sosial Facebook. Boringnya! Lantas kerana kebosanan, dia menekan butang pangkah pada skrin laptop dan laptop ditutup. Tubuh dia rebahkan di atas katil. Sekejap dipusing ke kiri, sekejap ke kanan. Dia masih terfikirkan status teman-teman seangkatan di universiti dahulu. Semua sudah dapat kerja. Tapi dia? Masih lagi begini. Masih lagi menggalas jawatan ‘penanam anggur’ tegar. Orang lain kalau tanam anggur ada jugak nampak hasil. Tapi dia? Habuk pun tarak!
            Sudah penat dia melayangkan resume ke syarikat-syarikat kecil mahu pun besar. Tapi yang dia dapat hanya jawapan yang mendukacitakan. Sudah setahun dia begitu. Sampai bila dia nak harapkan alongnya, Rozairul Azwan? Sampai satu hari, alongnya pasti akan ada kehidupan sendiri. Dan dia akan terkontang-kanting sendirian.
            “Su,” suara Rozairul memecah lamunan Suriya. Pantas dia bingkas bangun.
“Ya, long. Ada apa?” Dia menyoal balas.
“Ni, ada surat untuk kamu ni.”
Surat? Surat apa pulak? Suriya menggaru kepala yang tak gatal. Surat cinta? Zaman sekarang orang dah tak mainlah surat-surat cinta ni. Emel, Facebook lagi laju dari tu.
“Kejap, long.” Kardigan yang tersangkut di kerusi belajar dia capai. Biasalah, kalau duk memerap kat dalam bilik, dia hanya pakai seluar tiga suku dan baju tanpa lengan.
Laju kakinya menuruni tangga.
“Surat apa long?”
“Entah, tengoklah. Along letak atas almari tu.” Tunjuk Rozairul sambil berlalu ke ruang tamu bersama surat khabar di tangan.
Suriya mencapai sampul surat yang tertulis besar namanya, Suriya Anggerik Murad dan cepat-cepat dia mengoyak hujung sampul. Isi dalam dia bawa keluar. Surat apa ni? Lipatan surat dia buka perlahan-lahan. Macam-macam doa yang dia baca. Harap-harap surat ni bawa berita gembira. Apa yang tertulis di dada surat dia baca satu persatu. Dan..
“Along! Along!” Kuat Suriya memanggil nama alongnya.
“Hah? Apa dia?” Terkocoh-kocoh Rozairul berlari mendapatkan adiknya. Manalah tahu takut-takut Suriya perlukan pertolongan.
“Along, Su dapat kerja!” Girang Arlyssa memberitahu.
“Oh, dapat kerja ingatkan apalah tadi,” ujar Rozairul perlahan tanpa nada. Dan berpusing. Kakinya mahu melangkah kembali ke ruang tamu terhenti. “What?! Su dapat kerja? Kat mana? bila interview?” Teruja sekali Rozairul menyoal.
“Amboi, excitednya along ni! Kejap, Su nak tengok,” dada surat dia pandang lagi. “19 hari bulan, hari selasa. Along start terbang bila?” Bukan dia tak tahu tuntutan kerja Rozairul yang selalu terbang di awan biru. Kalau masa dia nak pergi interview ni along kerja, patah kakilah jawabnya. Dia tak pandai memandu. Lesen lagilah tak ada.
“Along start terbang 22 hari bulan, okey sangatlah tu. Tapi nanti bila along tak ada kat sini, macam mana Su nak bergerak?” Manalah tahu kut-kut Suriya dapat kerja ni. Nanti macam mana pulak nak ulang-alik ke tempat kerja.
“Alah, teksi kan banyak. Su naik teksi je la nanti,”
“Teksi? No! Along tak setuju. Su tahu tak berapa banyak kes jenayah yang melibatkan pemandu teksi kat luar sana. Dengan rogol, bunuh lagi. No! Along tak setuju.” Bangkang Rozairul. Dia dari dulu lagi memang tak setuju kalau Suriya keluar dengan teksi. Sebab itu dia lebih suka menghantar ke mana sahaja Suriya nak pergi. Dia bukan mengongkong tapi bimbangkan keselamatan Suriya. Dia tak punya ramai adik lain, hanya Suriya sahaja.
“Alah along ni. Bolehlah, please.” Rayu Suriya. Dia bukan tak kenal abangnya ni. Susah benar nak lepas dia keluar seorang diri. Tambah lagi kalau dia nak keluar dengan kenderaan awam.
No,” Rozairul masih berdegil.
Suriya mengeluh. Susahnya along ni!
“Okey, let say Su dapat kerja ni. Macam mana Su nak pergi kerja kalau along pulak terbang? Takkan Su kena cuti? Alasan apa pulak Su nak bagi? Tak logiklah along,” ujar Suriya, cuba memancing reaksi Rozairul. Manalah tahu kalau-kalau Rozairul berubah fikiran.
Rozairul diam. Mungkin berfikir logiknya alasan Suriya.
“Hmm.. Tapi..”
“Okey, okey. Kalau along tak puas hati lagi, nanti Su tumpang Nini macam biasa, macam masa belajar dulu tu. Bolehkan long?” Rayu Suriya lagi. Bukan senang dia nak lepas dari ‘sangkar emas’ alongnya. Dah macam-macam cara dia guna tapi macam tak berapa nak jalan aje. Kawalan yang along kenakan macamlah dia ni puteri lilin, akan cair apabila terkena panas.
“Yalah, yalah. Tapi janji, Nini yang akan hantar dan ambik Su bila along tak ada kat sini?” Berat hati Rozairul memberikan persetujuan. Tapi disebabkan nama Nini yang naik, serba sedikit hatinya bersetuju.
“Ya, ya along.” Terpaksa Suriya menjual nama Nini sedangkan dia tak tanya lagi sahabat baiknya itu. Nini kerja di Kajang ni aje, dia pulak dapat tawaran di Shah Alam. Macam terlalu jauh pulak. Dia pernah ke sana dulu, sekadar menemani Nini yang mengada-ada kadang-kadang tu. Mahu makan masa hampir sejam jugak tu.  Tapi sebabkan along terpaksalah bohong.
Yes!” Suriya bersorak.
“Amboi! Sukanya. Kerja tu belum tentu dapat okey,” Rozairul memberikan peringatan. Dalam hatinya masih berat mahu melepaskan Suriya.
“Ya, Su tau!” Suriya terus menghilang ke biliknya. Komputer riba dia on kan kembali, sudah tak sabar mahu beritahu kepada teman-teman di alam maya. Yang penting status di Facebook kena besar-besar. Barulah gempak!

AKU boleh buat. Aku boleh buat,” Suriya berkata kepada dirinya sendiri. Perasaan gementar usah cakaplah. Biasan dirinya dari cermin besar dia pandang lagi.
“Su, dah siap ke belum?” Suriya tersentak dengan laungan Rozairul.
“Dah, long.” Suriya bergegas keluar dari bilik mendapatkan alongnya.
“Okey ke tak ni? Pucat semacam je along tengok,” tegur Rozairul.
“Okey, tak ada apa-apalah along,” nafi Suriya. Takkan nak cakap kat along yang dia tengah rasa tak sedap hati. Nanti tak pasal-pasal along tak bagi dia ke syarikat temuduga ni. Lagi bala! Sedangkan ini sajalah peluang keemasannya untuk keluar dari kepompong along.
“Dah, jomlah.”
Perjalanan yang memakan masa hampir sejam itu mereka tempuhi dengan pelbagai ragam pengguna jalan raya. Ada yang bawa kenderaan terlalu perlahan di tengah-tengah lebuh raya dan macam-macam ragam lagi. Tingkah mereka ni buat Suriya gerun mahu mengambil lesen memandu. Takut ada yang langgar bontot keretanya nanti.
“Dah sampai,” tiba-tiba Rozairul bersuara. Lantas Suriya menyalami tangan Rozairul.
“Doakan Su dapat kerja ni ya long,” sempat Suriya menitipkan pesan sebelum melangkah keluar dari perut kereta.
“Baiklah, untuk adik along ni, along sanggup buat apa saja,” balas Rozairul.
Suriya memandang ke arah kereta alongnya sehingga hilang dari pandangan mata. Kemudian, dengan langkah yang memberat, Suriya mengatur langkah masuk ke dalam bangunan besar itu. Matanya melilau memandang ke arah sekitar ruang lobi bangunan itu. Terasa jakun pula.
“Err.. Assalamualaikum, saya nak tanya. Bahagian ni kat mana?” Suriya meringankan mulut bertanya di kaunter pertanyaan. Surat temuduga di tangan ditunjuk kepada perempuan yang menjaga kaunter itu.
“Wa’alaikumussalam. Oh bahagian ni, cik kena naik lif, pergi ke tingkat lima lepas tu belok kanan. Cik akan jumpa meja yang tertulis setiausaha Encik Iddin. Cik kena daftar kat situ ya,” jawab perempuan itu.
“Okey, terima kasih.” Ucap Suriya penuh sopan. Orang berbudi kita berbahasa. Cewah! Skema ayat tu!

“HMM... perkenalkan serba sedikit tentang diri awak,” salah seorang daripada tiga orang panel yang sedang duduk berbaris di hadapan Suriya mula mengajukan soalan.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Nama saya Suriya Anggerik binti Murad. Saya berasal dari Terengganu tapi sudah lama menetap di Selangor kerana mengikut abang saya yang bekerja di sini. Saya berkelulusan Bachelor in Bussiness And Computing from Management and Science University.” Ujar Suriya. Dia turuti juga sedangkan sudah tertulis semua itu di dalam resumenya.
Terangkat sedikit kepala panel yang duduk paling hujung dalam deretan penemuduga itu ketika Suriya menyebut nama pusat pengajian tingginya.
“Okey, boleh awak terangkan sistem yang dah awak buat ni?” Lelaki yang duduk di tengah menyoal.
“Okey,” lantas, Suriya menerangkan satu persatu perjalanan sistem jualan atas talian yang telah dia hasilkan ketika di tahun akhir dahulu. Lima belas minit masa yang dia perlukan untuk membuat penerangan kepada panel-panel di hadapannya ini.
“Nampaknya kursus kerja awak kebih kepada pembangunan web. Hmm.. Daripada resume awak ni, awak tak pernah lagi ada pengalaman bekerja sebelum ni. Jadi, apa jaminan awak yang syarikat kami patut mengambil awak bekerja?” Serius soalan dilontar kepada Suriya.
Dia menarik nafas perlahan sebelum menjawab soalan itu. Sedikit tercabar kerana dia sememangnya tidak punya pengalaman kerja. Kehadirannya sekarang ni umpama berjudi. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Harapnya untung sabut. Dia dah boring menyandang jawatan ‘penganggur tak terhormat’!
“Ya, kalau diikutkan, saya memang tak ada pengalaman kerja tapi ini tidak boleh dijadikan kayu pengukur tahap kemampuan saya. Untuk sistem akhir ni memang saya bangunkan sistem web kerana permintaan pasaran sekarang sangat memerlukan sistem begini. Sekarang, sistem maklumat tidak hanya bergantung kepada sistem offline kerana sistem online semakin mendapat tempat dan mendapat permintaan yang tinggi. Melalui sistem online, risiko untuk berlaku kehilangan data berkurang daripada sistem offline akibat sistem down.” Senafas Suriya menjawab. Dalam hati dia berdoa, harapnya dapatlah dia kerja ni.
“Hmm... okey, pihak kami akan hubungi cik jika cik diterima bekerja di sini. Jika dalam masa seminggu cik tak dapat apa-apa panggilan dari pihak kami, maknanya rezeki cik bukan di sini. Terima kasih,” lelaki yang duduk paling hujung bersuara akhirnya. Wajah lelaki itu memang Suriya tak nampak sebab asyik menunduk aje.
Lantas, Suriya angkat punggung. Langkah diatur keluar dari bilik sederhana besar itu. Sambil melangkah, bibirnya mengeluh perlahan. Kata-kata lelaki tadi masih terngiang di fikirannya.
“Okey, pihak kami akan buhungi cik jika cik diterima bekerja di sini. Jika dalam masa seminggu cik tak dapat apa-apa panggilan dari pihak kami, maknanya rezeki cik bukan di sini. Terima kasih,”
Kalau tak dapat kerja ni, kat mana lagilah dia nak layangkan resume ni. Dia dah letih!
Sampai di lobi, dia terus menelefon Rozairul dan menyuruh alongnya datang mengambilnya. Tidak sampai lima belas minit, kelibat Nissan Latio Sport milik Rozairul kelihatan.
“Macam mana? Dapat tak?” Muka cemberut Suriya dia pandang sekilas. Dengan muka macam tu, nampak gaya macam tak je.
Suriya diam. Malas dia nak fikir pasal tu. Kata-kata lelaki tu yang buat dia tambah sakit hati. Kerek betul mamat tu! Kalau pekerja tu, buatlah macam makan gaji. Ni tak, berlagak macam pejabat tu dia yang punya!
“Su?”
“Apa dia along?” Berangin Suriya menyoal balas.
“Soalan along, Su tak jawab pun lagi.” Stereng dia pulas memasuki simpang ke pusat bandar.
“Entah! Macam tak ada harapan je. Kereklah penemuduga tadi tu. Syarikat tu macamlah syarikat bapak dia. Nak berlagak lebih-lebih!” Di luar sedar, Suriya melepaskan amarah yang terbuku di dalam hati.
Rozairul tersenyum. Haih adikku! Memang susah nak dapat kerjalah kalau macam ni. Belum apa-apa dah pandai nak marah pegawai kat situ.
“Eh, kita nak ke mana ni?” Tiba-tiba Suriya menyoal. Baru tersedar perjalanan mereka.
“Makan. Along laparlah. Su tak lapar ke?”
Lapar? Dia pandang jam di papan pemuka kereta. 3.30 petang. Dan tak sengaja dia menekup perut. Barulah dia terasa lapar. Hadoilah! Setengah hari dia tak makan. Cipta rekod aku ni!

10 ulasan:

  1. Salam, permulaan yang menarik tapi membuatkan tertanya2 nak tau seterusnya...

    BalasPadam
  2. Menarik.... #^_^
    Ada sedikit kesalahan ejaan...
    buhungi - hubungi.

    BalasPadam
  3. best suke sngt....n nk gggggggg hehe

    BalasPadam
  4. terima kasih semua krn sukakan cerita baru ni.... manuskrip masih tergantung.... hehehe

    BalasPadam
  5. permulaan yang baik fieyza...dah tertanya2 ni...teruskan menaip utk bab 1 hehehehe

    alongnani

    BalasPadam
  6. terima kasih akak... sudah siap smpai bab 3 ni.. hehehe:)

    BalasPadam
  7. Salam dik..

    Permulaan citer yg menarik...nampak gayanya ..minah ni ..adik manja ..adakah dia dibesarkan oleh abangnya sendiri kerana kematian parents mereka?

    BalasPadam
  8. wsalam kak ida.. lama x nampak akak.. hehehe..
    akak ada baca prolognya tak? lepas dihalau dari rumah, mereka berteduh bawah jambatan. lepas tu ada orang bawa mereka ke rumah anak yatim. mereka membesar kat sana. lepas dah besar, si abang jd pilot, adik dia pulak belajar di U. masa ni mereka dah x duduk rumah anak yatim. syarat duduk rumah anak yatim sampai hbs SPM saja. jadi baru beberapa tahun mereka duduk serumah...:)

    BalasPadam