Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 19 Mei 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB14

WAJAH Arlyssa dia tenung lama walaupun sepasang mata itu tajam merenung ke luar cermin kereta.

“Kenapa awak tanya macam tu?” Hati Harith berdetak tidak enak saat soalan Arlyssa menyapa telinganya.

“Kalau betul Tuhan tu ada, kenapa abah pergi? Kenapa semua orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya? Kenapa?!” Beremosi Arlyssa menyoal.

Harith diam. Kepalanya ligat berfikir mencari jawapan terbaik untuk Arlyssa. Jika tersalah jawab, teruk dia kena bidas dengan Arlyssa nanti. Badan dia kalihkan menghadap Arlyssa. Mahu memandang wajah putih bersih itu. “Okey, macam ni, awak nak dengar satu cerita tak? Ceritanya ringkas je. Macam ni, seorang lelaki datang jumpa Abu dan Abu hidangkan secawan air teh. Abu tanya kat lelaki tu. ‘Teh tu manis tak?’ Awak rasa apa lelaki tu jawab?” Harith menyoal balas Arlyssa.

“Mestilah dia jawab manis. Air teh kan biasanya manis.” Lurus Arlyssa menjawab. Harith tersenyum mendengarkan jawapan Arlyssa.

“Betul! Tepat sekali jawapan awak. Pandai betul, isteri siapalah ni. Okey, lepas tu, Abu tanya lagi. ‘Macam mana teh tu jadi manis?’ Sebab air teh tu manis mestilah sebab ada gula kan?” Laju kepala Arlyssa mengangguk. Harith senyum lagi melihat tindak balas Arlyssa. Cute sangat muka Arlyssa sekarang ni di pandangan matanya.

“Lepas tu apa yang jadi?” Arlyssa jadi teruja pula nak dengar cerita Harith.

“Lepas tu Abu tanya lagi, ‘jadi, dalam teh tu ada gula la?’ Lelaki tu bersungguh angguk kepala dan menjawab ‘ya’. Abu suruh lelaki tu tunjukkan kepada dia gula yang lelaki tu cakap ada dalam teh yang buat air tu jadi manis. Rasa-rasa awak lelaki tu dapat tak tunjukkan gula dalam teh tu?” wajah Arlyssa dia pandang lagi sambil dahi berkerut.

Gula dalam teh? Mana ada! Akal Arlyssa menjawab.

“Gula mana ada dalam air teh tu. Dah terang-terang gula tu dah terlarut sebab tu air teh jadi manis. Apalah awak ni,” ujar Arlyssa sedikit memperlekehkan soalan Harith. Tapi Harith hanya senyum sebab dia dah agak jawapan Arlyssa.

“Samalah jugak dengan…” Kata-kata Harith mati apabila Arlyssa tiba-tiba menyoal.

“Tapi kenapa dengan cerita awak ni? Apa kena mengena dengan kisah saya?” Arlyssa sangat pelik dengan cerita Harith. Rasanya tak ada kaitan langsung.

“Nilah yang saya nak bagi tahu kat awak. Cerita saya tu samalah jugak dengan soalan awak. Awak tanya kat saya, Tuhan tu wujud ke? Dan dari cerita saya tu apa yang awak faham?” Harith menyoal balas Arlyssa.

“Tak ada apa yang sama pun, soalan saya berkaitan dengan Tuhan. Tapi cerita awak pasal tehlah, pasal gulalah. Entah apa-apa.” Rungut Arlyssa. Siapa cakap anak orang kaya tu bijak? Tengok kat depan aku ni, anak orang kaya jugak tapi tak bijak pun. Tak boleh tangkap lagi maksud cerita aku tu. Bisik hati kecil Harith. Tangan Arlyssa dia genggam lembut.

“Kalau saya suruh awak buat macam Abu buat kat lelaki tu, awak rasa awak boleh jumpa ke gula yang Abu suruh cari kat dalam teh tu?” Harith bertanya lagi. Dia masih belum jemu selagi Arlyssa tak faham muslihat sebenar cerita yang dia ceritakan tadi.

“Mestilah tak! Gula tu sah-sah dah terlarut dalam air teh tu, macam manalah nak jumpa!” Nada Arlyssa naik sedikit tinggi. Gula lagi! Teh lagi!

“Dan macam tulah jugak dengan Allah. Secara mata kasar kita tak nampak kewujudanNya tapi sebenarnya Dia memang ada. Samalah macam gula dan teh tadi. Lelaki tu minum air teh rasa manis tapi bila Abu suruh dia cari gula dalam teh tu memanglah dia tak akan jumpa. Begitu jugak dengan macam mana Bumi ni wujud. Kita tak akan terfikir macam mana Bumi wujud, macam mana sistem cakerawala kita ni boleh wujud kan?” Ujar Harith.

Arlyssa ligat berfikir. Mencerakinkan segala penerangan yang Harith baru berikan.

“Soalan kedua awak, kenapa abah pergi dan kenapa semua orang yang awak sayang pergi tinggalkan awak? Awak, kejadian setiap manusia itu perlulah diakhiri dengan kematian. Kalau asyik ada kelahiran baru aje dan tak ada kematian, awak rasa Malaysia ni ada jadi macam mana? Mestilah sesakkan? Hinggakan kita tak cukup ruang untuk bina rumah dan makin banyak tempat baru diteroka untuk bina penempatan baru. Lagi satu, kalau tak ada kematian, apa tujuan kita hidup?” Arlyssa angkat bahu tanda tak tahu.

“Kalau tak ada kematian, tujuan kita hidup kat dunia ni tak ada apa-apa, kosong. Sebab tu Allah jadikan dunia dan akhirat. Setiap kelahiran pasti ada kematian. Dunia ni hanyalah persinggahan untuk kita menambahkan amalan sebelum ke alam akhirat. Di dalam dunia ni ada banyak sangat cabaran sebelum kita menemui alam akhirat. Allah menguji hambaNya kerana mahu melihat sejauh mana kuatnya diri hambaNya itu. Faham?”

Arlyssa diam. Kepalanya tertunduk. Harith memberi ruang seadanya kepada Arlyssa untuk berfikir. Dia tak boleh memaksa. Kalau Arlyssa ni budak kecil boleh juga dia paksa-paksa tapi masalahnya Arlyssa dah besar panjang. Susah nak paksa. Silap langkah takut jadi benda lain pulak. Tiba-tiba Harith terasa lengannya dipaut erat. Kepala pulak Arlyssa daratkan di atas lengan Harith. Harith tersentak. Wajah Arlyssa dia cari.

“Terima kasih,” ucap bibir Arlyssa perlahan. Pertama kali ulas bibir itu berterima kasih kepadanya.

Ringan Harith mengangkat tangannya dan bahu Arlyssa dia paut rapat ke dada. Syukur ya Allah! Alhamdulillah. Panjat Harith atas rahmat ini. Bibirnya tak sudah-sudah mengukir senyum panjang. Dan hatinya sangat-sangat lapang tika ini. Alhamdulillah, sekali lagi hatinya mengucap syukur.

Sebelum balik ke rumah, Harith sempat singgah di kedai buku. Hanya Harith saja yang turun kerana katanya dia tak akan lama dan Arlyssa malas jugak nak ikut turun. 15 minit kemudian, Harith kembali ke kereta dengan membimbit plastik sederhana besar di tangan. Arlyssa tak tanya kerana dia bertanggapan mungkin buku kerja Harith. Sampai di rumah barulah plastik itu Harith serahkan kepada Arlyssa. Arlyssa pelik sangat sebab tak sangka Harith nak bagi kat dia.

Di dalam bilik, buku-buku pemberian Harith dia belek. Ada empat buah semuanya. La Tahzan;Jangan Bersedih dan tiga buah buku memasak. Buku-buku itu Arlyssa letak di atas meja dan berlalu ke bilik air.

“TAK siap lagi ke?” Soal Harith sambil tegak berdiri di muka pintu bilik Arlyssa. Kenapa dia masih menghadap cermin je tu? Terdetik soalan di dalam hatinya. Kakinya diatur menghampiri Arlyssa.

“Kenapa ni? Awak tak nak keluar ke?” Soal Harith lagi kerana terpandangkan wajah Arlyssa muram. Spontan tangannya mendapat di atas bahu Arlyssa. Rambut paras dada milik Arlyssa dia usap perlahan.

“Tak tahu nak pakai baju apa,” perlahan Arlyssa menjawab.

“La, tu je ke? Dalam almari ni kan banyak baju. Pilih ajelah yang mana satu berkenan,” laju tangan Harith membuka almari baju Arlyssa. Baju-baju yang tergantung di dalam almari dia belek satu persatu.

“Apa kata awak pakai yang ni?” Sepasang baju kurung bunga kecil warna ungu tua Harith hulur kepada Arlyssa. Baju di tangan Harith dia pandang dengan ekor mata.

“Baju kurung lagi,” rungut Arlyssa perlahan. Walaupun perlahan, telinga Harith masih dapat menangkap bait kata itu. Badan dia tundukkan sedikit. Tubuh Arlyssa dia pusing sedikit agar bertentang dengannya.

“Yang ada kat dalam almari ni cuma baju-baju kurung aje. Sebab tulah saya ajak awak keluar petang ni. Di sini bandarnya tidaklah sebesar KL sana. Tapi masih ada kedai-kedai yang menjual pakaian mengikut peredaran zaman. Suka saya nak ingatkan kat awak, Islam tak menghalang umatnya berfesyen tapi mestilah berpada dan tidak melanggar batas-batas yang telah Allah tetapkan.” Ujar Harith. “So, macam mana? Nak keluar tak?” Harith mengulangi soalannya tadi.

“Hmm,” lambat-lambat dia menyambut huluran Harith dan berlalu ke bilik air. Harith senyum. Sepanjang hari tu, kerja Harith hanya senyum je memanjang.

HARITH membawa Arlyssa ke bangunan Pusat Niaga Paya Keladi yang terletak di tengah-tengah bandar. Kat sana ada beberapa buah butik pakaian wanita. Rasanya kat situ sesuai untuk orang yang selalu membeli-belah di butik mewah berbelanja seperti Arlyssa ni. Mereka berjalan beriringan ke arah sebuah butik bernama SyaKhira Collection. Pintu butik Harith tolak perlahan. Pakaian yang tersarung di badan patung menarik perhatian Arlyssa.

“Selamat datang cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Arlyssa disapa seorang wanita. Mungkin pekerja butik itu.

“Yang macam ni ada tak?” Bila ada peluang, Arlyssa terus menyoal. Harith pula hanya memerhati dari jauh. Bahagian memilih baju perempuan ni memang dia tak pandai. Salah bagi pendapat kang ada yang kena marah.

“Ada, kami letakkan di bahagian sana. Mari saya tunjukkan,” jawab jurujual itu dan membawa Arlyssa ke bahagian pakaian yang Arlyssa inginkan.

Arlyssa jadi rambang mata dengan pilihan pakaian di butik itu. Kalau ikut hati, semuanya dia mahu angkut bawa balik. Tapi dia tak boleh sangat ikut kata hati. Tangannya asyik sekali membelek baju-baju itu dan tinggallah Harith seorang diri di ruang menunggu yang memang tersedia di bahagian depan butik. Sementara menanti Arlyssa selesai membut pilihan, Harith mencapai majalah Pengantin yang ada di atas meja kecil itu. Helaian demi helaian dia belek. Sampai di satu muka surat, tangannya berhenti membelek. Gambar sepasang model yang sedang menggayakan pakaian pengantin menggamit pandangannya. Dan fikirannya teringatkan peristiwa dia dan Arlyssa berkahwin macam koboi dulu. Tak ada majlis yang gilang-gemilang, tak ada baju pengantin yang cantik. Tak ada satu apa pun.

Bunyi pintu ditolak dari luar mengejutkan Harith. Matanya bertembung dengan sepasang mata milik seorang lelaki yang segak mengenakan kemeja polo dan jeans. Rasa macam kenal je. Detik hati Harith. Di sisi lelaki itu berdiri seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun mungkin.

“Harith,” seru lelaki itu.

“Err.. Kita pernah jumpa ke?” Ringan mulut Harith bertanya.

“Harith kan?” Soalan berbalas soalan.

“Ya, tapi siapa ni?” Macam mana pulak dia ni tahu nama aku? Harith tertanya-tanya sendiri.

“Ni akulah, Naim, ingat lagi tak? Yang satu sekolah dengan kau dulu, MRSM Jasin. Ingat tak?” Lelaki yang memberitahu namanya sebagai Naim itu memberikan gambaran kepada Harith.

“Naim? Syazril Naim? Weh, kau ke ni? Kau buat apa kat sini?” Akhirnya Harith dapat menangkap klu yang Harith berikan. Mereka berjabat tangan.

“Yalah, akulah ni. Ni butik isteri aku, kau pulak buat apa kat sini?” Naim menyoal lagi.

“Aku teman orang rumah aku ke sini, nak beli baju sikit katanya. Tak sangka pulak ni butik isteri kau. Amboi, dah kahwin kau ya? Tak jemput aku pun,”

“Eleh, cakap aku. Kau pun tak jemput aku. Serilah tu,” mereka ketawa.

“Eh, ni anak kau ke? Comelnya dia,”

“Haah, nilah puteri kami. Syariza Dania nama dia. Salam uncle sayang,” suruh Naim pada anak kecil itu. Patuh sekali Dania menyalami tangan Harith. Tersentuh hati kecil Harith.

“Dah berapa tahun ni?” Harith bertanya.

“Dua,” petah Dania menjawab. Suka betul dia melihat Dania.

“Wah, pandainya dia. Eh, mana satu isteri kau?”

“Tu,” tunjuk Naim ke arah wanita yang sedang melayan Arlyssa. Mata Harith turut terarah ke sana.

“La… Isteri kau ke tu?”

“Haah, kenapa kau kenal ke?”

“Eh, taklah, aku tanya je.”

“Yang,” Naim menggamit isterinya supaya menyertai mereka. Kening isteri Naim terjongket. Suaminya macam kenal rapat dengan suami kepada pelanggan barunya itu.

Arlyssa dan Syafiza, si pemilik butik berjalan beriringan mendapatkan suami masing-masing.

“Yang, ni kawan lama abang masa belajar kat MRSM dulu, Harith dan ni isterinya. Harith, ni isteri aku Syafiza,” Naim merkenalkan isterinya kepada Harith. Harith hanya menganggukkan kepala dan mereka berbalas senyuman.

“Keciknya dunia ni,” terkeluar kata-kata itu dari bibir Syafiza.

“Ni pulak isteri aku, Arlyssa. Lys, ni kawan lama saya, Naim.” Giliran Harith pula memperkenalkan isterinya. “Dah bayar ke?” Tanya Harith pada Arlyssa.

“Dah,” jawab Arlyssa pendek. Harith sedikit hampa. Dia sudah berkira-kira mahu belanja Arlyssa tapi nampaknya wanita itu lebih laju bertindak. Harith bersiap-siap untuk bangun. Beg kertas berisi pakaian di tangan Arlyssa bertukar tangan.

“Okeylah, aku jalan dulu.” Harith meminta diri. Sempat mereka bertukar kad nama sebelum berlalu dari butik itu.

“NAK pergi ke mana ni?” Arlyssa bertanya. Nampaknya jalan yang mereka lalui sekarang ni tidak pernah lagi dia lalui.

“Adalah,” sepatah Harith menjawab. Arlyssa diam.

Lima belas minit kemudian, Harith berhentikan kereta di tepi pantai. Arlyssa pandang ke sekeliling. Ramainya orang, gumam Arlyssa.

“Nak buat apa kat sini?”

“Saja ambil angin pantai,” selamba Harith menjawab. Pintu kereta dia tolak. “Jom keluar,” ajak Harith.

Arlyssa mengikut walaupun teragak-agak juga pada awalnya. Dia terpandang satu papan tanda. Pantai Teluk Ketapang. Oh, itu rupanya nama pantai ni. Gumam Arlyssa lagi. Arlyssa pandang ke arah pantai. Harith yang sedang bersandar pada badan kereta langsung tak dia hiraukan. Sudah terlalu lama sebenarnya dia tak jejakkan kaki ke pantai. Kalau tak salah, kali terakhir ke pantai semasa kecil dulu. Sudah berbelas tahun masa tu berlalu. Tinggal di bandar besar Kuala Lumpur, manalah nak jumpa pantai dan laut ni. Paling dekat pun pantai Port Dickson. Dia menghirup bayu laut yang menampar pipinya.

Harith hanya memandang setiap tingkah Arlyssa. “Nak main air laut tak?” Harith memberi tawaran. Laju kepala Arlyssa menoleh memandang Harith. Seakan tak percaya pula tawaran itu datang dari Harith.

“Dengan pakai baju kurung ni?” Muka Arlyssa sudah mengukir riak pelik. Rasa macam tak sesuai je soalan Harith dengan penampilannya kini.

“Nak ke tak?” Harith mengulang soalan.

Tanpa berfikir panjang, laju Arlyssa menganggukkan kepala. Bagai budak keil yang baru dihadiahkan gua-gula saja lagaknya.

“Jom,” Harith menghulurkan tangan kepada Arlyssa. Teragak-agak Arlyssa menyambut huluran Harith.

Dan petang itu, Arlyssa bermain air laut di gigi pantai bagai kanak-kanak riang. Dia terasa bebas. Walaupun banyak pasang mata yang memandang tapi bagi Arlyssa, dia terasa seperti berada di dalam dunia sendiri. Dan pautan pada tangan Harith sikit pun dia tak lepas. Telatah mereka diselangi dengan usikan dari Harith. Harith sangat suka mengacah Arlyssa. Bukan senang nak tengok Arlyssa senyum tau.

8 ulasan:

  1. Nampaknya Lys dah boleh terima Harith...
    Tak sabar nak tunggu next entry...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah.. utk permulaan.. tp mreka x terus dpt terima antara 1 sma lain..:)

    BalasPadam
  3. Ok.....lg..... Hahaha...slow2 laa..erm heran jgk harith ni slamber je knlkan lyss as wife dia..xtkut kntoi ke...just wandering...:-)

    BalasPadam
  4. harith ni mcm ni tau, si naim yg dia terjumpa ni ex-classmate dia dulu sbb tu dia x takut n perkenalkn.. klau dgn adli yg dia jumpa kt super market dlu tu, mmg x kenalkan sbb adli tu kwn sejak d U lg.. klau adli tahu, scra automatik Humaira pun akan tau.. tu yg dia cuba elakkan..:)

    BalasPadam
  5. saya baru baca cerita ni...menarik, watak aril dan fiza pun ada..dah ada anak pulak tu hehehe...tak sabar nak tunggu cerita KYKS ni keluar. harap cerita ni pun nanti boleh dibuku kan juga..suka baca tulisan fieyza :))

    BalasPadam
  6. hehehehehe.. sengaja sy letak skit part diorg.... insya Allah dh kluar nanti sy bgtau.. n tq2 so much krna sukakan tulisan sy yg x seberapa ni..:)

    BalasPadam